Tuesday, December 15, 2015

:: Pengemis Dan Pengutip Pengajaran ::

Assalamualaikum...

Terlalu banyak yang ingin aku kongsikan. Terlalu banyak yang ingin aku cerita kan. Terlalu banyak yang ingin aku luahkan. Erk???? Aku hanyalah seorang hamba TUHAN yang punya gelaran PENDOSA TEGAR dan bakal jenazah yang akan mati pada bila bila masa sahaja. Punya impian dan keinginan yang sangat tinggi mahu mati dalam ketenangan. Aku bukan seorang sasterawati dan penulis skrip seperti dalam drama atau filem./Novel yang handal menyusun aksara, hebat bermain dengan metafora dan bijak menyusun plot cerita. Bukan. Aku hanya seorang pengutip pengajaran, dan pengemis ilmu/pengalaman di sepanjang perjalanan kehidupan aku. 

Sebagai seorang pengutip pengalaman di tepi jalan, banyak jenis cerita dan kisah hidup yang disajikan. Banyak jenis ragam manusia. Banyak jenis pengalaman. Hebatnya manusia itu bila dia dapat sembunyikan mendung di hati. Hebatnya manusia itu bila dia maseh mampu tersenyum walaupun hatinya sudah dilanda Tsunami yang dasyat. Hebatnya manusia itu bila dia maseh boleh positif dan nampak yang baik baik sahaja walaupun hatinya sudah remuk berkali kali. Hebatnya manusia itu bila mana dia boleh bersederhana dalam segala hal. Sederhana bukan bererti kita hidup biasa biasa sahaja. Tapi bersederhana dalam menikmati hidup dan berhadapan dengan suatu hal. Cumanya, kadang kita mudah alpa. Mudah tergoda dengan benda yang sementara. Apa yang orang lain ada, kita pun berlumba lumba untuk dapatkan. Suka mengejar sesuatu yang kita sendiri tidak pasti. Kenapa mereka ada yang aku tiada. Kenapa aku dan bukan mereka. Manusia, hatinya memang rapuh. Jangan biarkan kita terperangkap dengan perasaan mahu memiliki segalanya. Belajarlah untuk berjalan dengan rasa kehambaan dan rendah diri. Mengapa bila kita melihat orang yang berjaya, punya kerja yang baik, kita perlu dengki? Dan mengapa bila kita lihat orang yang kurang berjaya, kerjaya biasa biasa saja kita memandangnya dengan pandangan merendahkan dan menghina? Kerjaya orang lain jangan di hina.

"Biar apa pun kerjaya kita, tidak kira apa,
 jika halal sumbernya, dan Al-Quran jiwanya, 
InshaAllah itulah kerjaya yang terbaik untuk kita, 
kerjaya yang mampu dijadikan landasan ke syurga"
(Dr. Anwar Fazal)

Kadang, langkah kita disalah erti. Kadang mata kita silap. Kita menyangka bila kita tersepit dalam suatu masalah dan keadaan hanya manusia yang dapat tolong kita. Ada masanya kita tidak bisa bergantung dan berharap sepenuhnya dengan manusia kerana mereka jugak tetap manusia seperti kita. Sometimes we just have to pick ourself up and carry on. Bila aku atau kau ingin hadam sendiri masalah yang ada dan ingin menyendiri, orang mula bilang, "Kau jugak perlukan teman/kawan. Jangan sombong". Ya itu benar. Jangan suka bersangka-sangka dengan seseorang yang ingin menyendiri. Terkadang kita juga perlu belajar menyendiri, bukan bererti kita ingin menjauh manusia. Bukan jugak sebab sombong. Tapi manusia ni ada masa sendu dan pilu bukan? Ada orang, dia lebih selesa untuk menyendiri. Bukannya dia tidak mahu menghargai orang lain atau sesiapa yang ingin singsing lengan untuk membantunya. Tapi adakalanya dia ingin berehat dan muhasabah segalanya. Tapi hatinya tiada siapa yang tahu. Dalam diam, dia mungkin ingin mendekat dengan TUHAN dan memilih TUHAN daripada manusia. Jika dia tidak mahu menceritakan segala mendung dan kelam di hati, jangan dipaksa. Biarkan dia berehat kerana dia jugak manusia yang terkadang penat.

"Percayalah, 
kamu takkan mati hanya kerana kamu berdiri sendiri, 
 kamu mungkin cuma sunyi,
 tapi kalau kamu isi ruang itu buat Ilahi,
walau tanpa manusia di sisi, 
kamu pasti bisa buat sendiri,
berdiri di kaki sendiri,
 semuanya serba sendiri..."
(E.I)

Aku telah belajar banyak benda. Dan sampai nafas terakhir pun aku maseh dan tetap belajar. Kita hidup bukan atas solusi manusia. Kita hidup bukan atas takdir ciptaan manusia. Untuk apa terlalu mengejar manusia. Jangan terlalu mengejar kebahagiaan dan kejayaan untuk diri sendiri sehingga kita menyakiti hati orang lain dan lupa untuk menggembirakan orang di sekeliling kita. Belajarlah mendengar permasalahan orang lain tanpa menyinggung atau menyimpan perasaan riak dan merasakan ego kita adalah yang paling benar. Bersederhanalah sahaja dengan mengubah perspektif, cara pandangan, dan menerima teguran orang lain. Bahagia itu dijiwa. Bukan yang banyak bisa membahagiakan, kadang yang sedikit itu bisa menggembirakan. Dan kenapa perlu berlebih lebihan sedangkan bersederhana itu lebih indah dan manis. 

Even dalam berkawan pun tidak perlulah berlebih lebihan. Jangan paksa diri untuk jadi orang lain. Jadi diri sendiri sudah memadai. The important thing is not what we look like, but the role we play in our friends or others life. 



P/s: Aku tulis untuk remind diriku sendiri. Maseh banyak yang kurang dalam penulisan dan perkongsiaan aku ini. Maseh banyak yang buruk dan kurang dalam dirku. Aku maseh belajar. Semoga penulisan ini bermanfaat untuk semua. Kalau ada yang kurang itu adalah dari diriku sendiri.